Saturday 24 November 2012

Confusing

Assalamualikum w.b.t
Hmm update blog ni sebab nak meluahkan perasaan ni haa.
Actually sebelum masuk UiTM ni, aku minat sangatlah dengan subjek akaun ni.
But bila dah belajar 3 semester ni.
Seriously, susah sangat.
Kadang2 tu aku rasa aku macam tak mampu nak teruskan bawak subjek ni.
Belajar pun actually nak tak nak aje.
Belajar semata2 nak dapat tinggikan pointer aje.
Bukan belajar sebab minat dah sekarang
Apa yang buat aku confuse sekarang ni adalah degree nanti aku nak ambik course ape?
Still nak teruskan course akaun ni or beralih kepada course yang aku lebih minat??
Hmmm complicated hidup ni rasanya lahaiii.
If aku ambik course lain time degree nanti, confirm aku kena ambik lama and member pun confirm tade nanti.
Berkeseorangan la pulak. lahaiii
Hmmm entah laa. yang aku tahu sekarang, just teruskan dengan course aku ni sampai habis diploma insyallah.
Aku actually lately ni terminat dalam photography semua ni and minat gak la interior design ni.
But if aku amik course tu semua, maa macam tak berapa berkenan plak. But aku dah minat kot. lahaii
Hmm tape lahh.just tu aje nak luahkan.
Hopefully boleh tersuka balik dengan course aku ni. Aminnnn


ILYSM Abg ;)




Azeera Here

Assalamualaikum w.b.t


Hai hai hai. Fuhh dah berhabuk, bersawang dah blog ni kan.
Kemalasan yang teramat untuk update blog.
Sejak dah aktif bertwitter ni, selalu update kat situ ajelaa.
Malas dah nak taip panjang2 ni kan. hee
Taip tetibe malam ni rajin plak.
So mari la kita story morry sikit ka.
Hmm lets story 1st about pelajaran la kan.
Alhamdulilah, lagi seminggu nak balik UiTM balik.
Dah nak masuk semester 4 dah.
Yuhuuuu cepat sungguh masa berlalu kan.
Rasa macam semalam masuk UiTM tu.
Baru semalam kena MDS bagai.. harhar
Tak mampu nak lupakan kenangan tu.
Result ? Alhamdulilah, semakin meningkat dan meningkat. hohoho
Insyallah sem depan akan meningkat lagi.
Oke done pasal study.
Lets move on to my future husband ! harhar
Sape lagi, en Amirul Fahmi laa.
Alhamdulilah, kitorang oke aje.
bahagia aje bila bersama dia dah nak masuk 4 bulan dah.
Bahagia bila bersama dengan dia. Sangat !
heee. Tapi tak perlulah nak story lebih2 kan kat sini.
Biar kitorang aje yang tahu.
Oke aku pun tatau dah nak cakap ape.
Hopefully sem 4 ni akan buat aku fokus dekat study and bahagia bersama yang tersayang.
Aminnnnnnn.

Me love you sayang ! Thanks abg hadiahkan jersi tu time bufday syg !





Sunday 15 July 2012

Setia menunggu.

Assalamualaikum.
Amboiii dah berhabuk, bersawang dah blog aku ni.
Maklumlah dah lama tak update blog.
Actually bukannya busy pun, tapi takde mood nak update blog.
Tak tahu nak update pasal ape.
Hari ni tatau kenapa rasa nak update blog plak.
Ehem, dah masuk semester 3 ni rasa seronok plak sebab sekarang ni aku dah makin mengenali dia.
Sape die? Ehem adalah :)
Haha, actually aku makin suka kat dia.
Hmm, something pasal dia yang buat aku makin suka kat dia.
Dia lain dari lelaki yang aku kenal.
Berbeza sangat. Tapi sejak aku kenal dia, aku ter involve balik dalam sport yang dah lama gak la aku tinggalkan.
Sejak dari itu gak aku dah mula berjinak2 mengumpul jersey. haha
Banyak kot jersey aku. But yang murah2 jelaa.
Paling mahal pun jersey Adidas. hoho
And yang aku tak boleh nak lupa bila 1st time dia bawak aku pergi ladang.
Yeahh he so sweet. Tahu tak yang tiap kali aku dengan dia aku rasa lain. Berdebar2 je sebenarnya.
Amboii lebih2 plakkan. haha, tapi tulaa kenyataannya :)
Aku tau yang aku patut fokus belajarkan, tapi hati dan perasaan ni susah nak hilangkan.
Macammane kat mulut ni menidakkan segala benda, tapi hati tatau lagi camne.
Aku tatau apa perasaan sebenar dia kat aku.
Hopefully same. Kalau tak pun, dia anggap aku macam kawan pun tak pelaa.
Best kawan ngan dia.:)
And thanks awak sebab bagi saya gelang power balance color pink ni :)







Wednesday 16 May 2012

Pergi Hospital.

Assalamualaikum.
Tetibe hari ni rasa rajin nak update blog walaupun semalam dah update gak.
Just nak bagitau yang hari ni zira pergi hospital.
Yess, zira sakit but it is not too serious.
Just badan badan zira ni gatal2 and punca dia pun zira tak tahu.
But tadi doktor tanya ada alergic ape2, or air kotor or ada guna shampoo or sabun yang baru ke.
Then tetibe time tu zira teringat yang baru2 ni zira tukar shampoo baru, shampoo Pantene.
Actually ni first time zira guna shampoo tu plus using it with conditioner (betul ke ejaan ni?? o.O)
And based on that zira rasa memang betul la kot apa yang doktor said about that.
And doktor tu dah tak bagi dah zira guna shampoo tu.
Aiyoo, zira baru je guna shampoo tu,membazir je rasa. =.="
But tak pe la janji zira sihat.
And nasib baik la doktor just bagi 2 jenis ubat jep.
Pil and ubat sapu.
Zira, get well soon!! ^__^




Tuesday 15 May 2012

My Anak-anak Sedara

Haiip. Just nak perkenalkan anak2 sedara saya.
Lets see it!










Let me introduce my first anak sedara.
His name is Azri Hanif.
Yang kat belakang tu adik2 dia.
Azrul Hafiq and Azriana Farisha.
Anak kakak aku and now stay kat Singapore.








Yang ni pulak anak sedra yang ke empat, lima dan enam
Anak abang no. 2.
Batrisyia Hezriana and Haziqah Maisarah.
And si budak gemuk ni adik dorang.
Danish Hezri.
Stay kat Kuala Lumpur.









Actually dia ade kakak but tade picture pulekk.
Maaf la ye. hoho
Tapi if dah de picture, i will introduce to all kay.
Oke yang ni her name Hurin Zafirah Batrisyia.
Yang kakak dia pula, Hurin Hannani Bazilah. (tade gambar)
Stay kat Kuching Sarawak.
Oke zira sangat la jealous dengan rambut budak Fira ni sebab natural perang.
Huhh! jealous sungguh saya! hoho.




And as conclusion, aku ada 8 orang anak sedara yang nakal2. hoho
And sori sebab kebanyakkan picture2 di atas ni picture yang lama.
Tak berkesempatan nak capture yang baru sebab masing2kan jauh.
                            ^________________^


*saya.princess.dia.prince.saya*


Monday 14 May 2012

13 MEI 2012

Ehem, ada apa dengan tarikh "13 Mei 2012" ni??
Hari dimana aku rasa happy sangat sebab orang tu sudi ajak aku keluar.
Actually terkejut jugak sebab dah nak tido dah letih lepas balik
dari Kuala Lumpur.
Then dapat pulak mesej dari orang tu.
So esoknya jadi jugak la keluar.
Just tengok wayang and keluar makan dengan orang tu.
Terima kasih sebab belanja saya tau awak ^__^
Banyak jugak awak kena keluar duit.
Tape lah lain kali saya pulak belanja awak kay??
Hmm, awak tau lepas jumpa awak buatkan saya bertambah rindu kat awak tau tak. huhu
Nak tau tak, mama saya cakap yang awak ni "hensem, boleh tahan orangnya"
Amboii mama, dah berkenan ke hape?? hehe
Tapi anak mama ni dah lama berkenan dengan orang dekat sana tu :)
And dia pun dah tahu pun sebenarnya.
Just nak awak tahu, saya rasa saya nak tunggu awak.

*saya.princess.dia.prince.saya*





Friday 4 May 2012

Kembalikan Senyumku

Yeah, senyuman malam ni adalah fake semata- mata..
Sebab ape? Biar hanya saya yang tahu.
Layan sajalah lagu ini..








Tuesday 24 April 2012

photoshoot semester 2

err walaupun dah lama gambar ni diambil, baru sekarang nk update =.="
haha ape2 pun rindu dekat all my classmate 




with nadiah

me

with wanie


nadia, me, bella and wanie





luqman :D


err abg tu tangkap gambar aku secara tibe2 :)





me, nawwal, am







alrite yess! semua photo tu di edit oleh saya
suke la dengan color die sb cm gmbar dulu2 jep. hee
tq ^__^


Saturday 21 April 2012

KENYATAAN ITU MENYAKITKAN

hari ni semua benda aku buat rasa tak kena.
patutnya tadi aku happy sebab dapat keluar.
tapi rasa berat je aku nak keluar tadi.
sampaikan aku rasa aku keluar tadi pakaian aku selekeh.
dengan nak pakai eyeliner pun kena amik masa.
aduhh. tapi tadi aku ingat setakat tu je masalah aku tapi masalh datang menimpa2 aku tanpa belas kasihan langsung!
kenyataan itu memang benar2 menyakitkan aku.
nasib aje aku tahan diri aku dari nangis.
ya allah! aku terluka sangat dengan 2 kenyataan yang aku terpaksa hadapi hari ini!
kenapa aku yang kena rasa semua benda ni?
kenapa mesti aku?
aku dah penat laa.
sampai bila aku kena hadapi semua ni??

#aku tak boleh dengar lagu ni SERIOUSLY!


CINTA DAN BENCI

Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
Tlah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga

Tak kuat ku menahanmu, mempertahan cintaku
Namun kau begitu saja, tak pernah merindu

Sungguh aku tak bisa, sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi

Tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta, ku sakit karenamu


#apa pun yang aku boleh cakap yang BAHAGIA tu bukan untuk aku =((((#

Friday 20 April 2012

nangess :'((

erm semalam aku nanges lagi.
nanges sorang2 mengenangkan nasib.
baru bertekad tanak nanges tapi ta boleh laa.
hati ni cepat sangat terusik.
biasa la kalau orang yang kesunyian memang camni.
azira cuba TABAH kay!
aku tahu aku mampu!
yeayy!



Thursday 19 April 2012

di kala bosan ;)



yess xiera ni tak omey
tp bukan aku tulis yang aku ni omey ye
omey omey tu name kucing aku
hehe
saja mention nama die kat situ sebab kami memang suke main kejar2 waktu petang
ehehehhehe ^___^

Tuesday 17 April 2012

yeahh, dengan mengumpulkan segala kekuatan yang ada akhirnya aku berterus terang.
dan yes! i feel better than before.
thank you so much awak!! ^_____^








Saturday 14 April 2012

kerana kasihmu

first of all i dedicated this song for someone that special for me
this song just for you.
i want you to know what that i feeling right now.
since we knowing each other in january.


terkadang bicara hati mula berbisik
kehadiranmu anugerah yang terindah 
mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
sekalung cintamu takkan ku persiakan

andai dapatku genggam erat jari jemarimu
mengharungi nista hidup yang penuh berliku
harapanku kau mengerti dan cuba memujuk hati
terimalah diriku seadanya

cahaya pesona kasihku terindah untukmu
terukir dihati hanya untukmu
sambutlah tangan bawaku terbang ke awan biru
dengarlah kasihku
dengarlah sayangku

semusim tlah berlalu menggamit jiwaku
disaat diperlukan wajahmu menjelma
andai sedetik saatku hidup tanpa dirimu kasih
tak terdaya ku meluahkan nya


#semua lirik yang kat atas ni memang betul2 saya maksudkan#





new blog, new me =)

assalamualaikum!
yeaahh! blog sudah baru.
penat betul aku cari background baru.
ade je yang tak memuaskan hati.
berapa banyak kali dah aku tukar lastly yang ni aku pilih.
haha oke la kan comel ape!
sebabnya aku suke gile colour hitam and putih.
tapi more to putih laa.
header tu pun dah baru kan kan! ^__^
tapi nak tukar lagi tu sebab tak bape nak cantik.
tapi macamane pun i will doing my best right!
so support me tau tau!!


Thursday 12 April 2012

andaiku bercinta lagi

kini kau tiada
senafas pun ku perlu mencuba
kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

bersendiri hidup umpama hilang erti
bagaimanakah meneruskan hayat ini

andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
tunjukkan di mana
ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

apabila tiba waktu bersemuka
ku perlu pejamkan mata
dan memaksa nafas cinta
dengan bayangmu di minda

tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

bersendiri masa umpama tak beralih
berapa lama lagi harus ku merintih


andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
tunjukkan di mana
ruang hati untuknya yang masih belum kau huni


apabila tiba waktu bersemuka
ku perlu pejamkan mata
dan memaksa nafas cinta
dengan bayangmu di minda

malam tidak berpurnama
fajar tiada kejora
aku hilang di dalam gelita kalbu
tanpa dirimu asaku mati


andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
tunjukkan di mana
ruang hati untuknya yang masih belum kau huni


apabila tiba waktu bersemuka
ku perlu pejamkan mata
dan memaksa nafas cinta
dengan bayangmu di minda



sadness

sepi, sunyi, menyendiri.
itu lah yang aku rasa sejak bercuti panjang sebelum menempuh ke semester ke 3 nanti.
biase la tade kawan kat umah.
kalau duduk kat umah selalunye duk bergosip dengan my sis jew tapi sekarang ni die tade sebab keje.
tade la membe nak bergosip.
kalau duk kat kolej de ramai sangat tade la rasa bosan sangat.
tapi lately ni aku asyik teringat kat die aje.

siapa?
erm, my ex. lelaki yang pernah aku sayang selama 4 tahun lebih.

sayang die lagi kew?
tipu la kalau aku cakap tak sayang. 4 tahun kot aku setia dengan die. tapi hanya ade sikit rasa sayang kat die lagi sebab kalau boleh memang aku nak lupakan die tapi tula makin aku duduk kat umah lagi la aku duk teringat jela kat die. sebabnya barang2 yang die penah bagi still lagi aku simpan. merata2 barang2 die.
teddy bear, baju, shawl, cincin and banyak lagi laa. tu belum masuk lagi mak aku selalu tanya pasal die. aduhh! tension betul aku. balik2 die. erm, mak aku bukan pe, mak aku tu dah sukekan die jugak sebab mamat ni pandai layan mak aku. kirenya hormat la kat orang tua. and sepanjang aku kenal die, yang aku suke pasal die, die tak penah nak marah aku time aku jadi awek die. tak pernah tinggikan suara, tak pernah nak tengking aku.
sebab tu la aku suka dengan perangai die. aku rasa die la lelaki yang paling baik pernah aku jumpa. tapi sayang sebab jodoh kami tak panjang and our relationship putus disebabkan ego masing2. kitorang pernah clash and kapel balik hujung tahun lepas tapi clash balik sebab ego die jugak. aku rasa cukup la 2 jew peluang yang aku bagi kat die tapi die tak pernah nak hargai peluang yang aku bagi tu.

tak suka kat orang lain kew??
tipu la kalau aku kata tak suke kat org lain tapi tulah, maybe suka jela kot sebab nak sayang tu aku takut.
lagipun dulu aku pernah la taruh harapan kat die tapi aku rasa jadi kawan lagi oke kot. bestfriend lagi better kot. and aku pun rasa die anggap aku camtu jugak. so fair la kan.

tak bosan ke tade boyfriend??
bosan tu bosan la jugak tapi nak buat camne. dah lama2 tu bese la kot.
tapi kadang2 tu rasa sunyi and bosan sangat2 sebab tade yang jadi peneman
dah tade orang nak bersms, tade orang yang nak call. so phone aku tu senyap dan sunyi jelaa.
dah la pakai 2 no tapi langsung tak berguna jew. kredit bukan main banyak tapi akhirnya tarikh luput then menguntungkan orang maxis. tapi celcom tak untung sebab tarikh luput die sampai 2019 sebab aku gune xpax. so aku la yang untungkan. haha.
tapi tape, sebab tade la aku membazirkan..huhu


merepek~ merepek~merepek~merepek~ ^__^

Saturday 10 March 2012

im different now!!

okey, dulu lain sekarang lain..
so dulu waktu jadi budak2 sekola


camni la gayanye..comot2 je lagi time jadi budak2 sekola..hehe
gambar kat ats ni dengan my bestfwenz time skola..


yang kat atas ni pulak gambar still zaman sekola gak..haha
tapi time sekola still kurus kan....^^

then gambar bawah ni pulak time raya tahun bile tah..hehe





ni plak gambar time part1 ngan membe2 merangkap kawan2 sekola dulu..
muka baik je masing2..haha



sempat lagi la nak tangkap gambar sebelum pegi kawad KESATRIA NEGARA

bawah ni plak gambar awal2 sem sebelum nak pegi kelas
candid2 la dulu..hehe


oke dah nampak dah kechubbyannye kat sini kan
hehehehehe




and ni style baru..nak try plak pakai spec sebab de yang suke saya pakai spec ni..
hehehehhehheh














Friday 9 March 2012

Finally...

time orang tengah sibuk2 nak pulun untuk final, aku duk sibuk try cari time nk bagi hint kat orang tu..
haha, and dah berjaya pun sebenarnya..
tapi tak tau la die tahu or tak or just wat2 tak paham jew..
haha aku pun tak tau la..
saya suka awak laaa... "orang tu" maksudnya awak la....
kan saya de cakap "if saya suke awak camne??" 
actually memang awak pun sebenarnya..haha
tapi awak bagi pihak "die" cakap yang "die" mungkin "die" nak kenal saya dulu, nak betul2 kenal dulu..
bagus la tu kan awak..and awk de cakap bagi pihak "die"..
insyallah "die" ikhlas suke kan saya gak...
ececehh, tangkap feeling plak..
"die" suke saya gak ye awak...heeeee~
erm, nak tau nape saya suke awak??
hahaha, mane bole bagitau kat sini, kena la tanya sendiri kat saya..
awak yang dah wat saya camni, so kena la tanggungjwab, jangan nak lepas tangan ye..
heee~~
dah2 cukup, segan jew nak tulis lebih... ^__^
pape pun seronok jadi kawan awak....THANKS!


Thursday 1 March 2012

i love you NIK IRFAN!! =))






oke semua jangan jeles ye...hihi ^^
name die nik irfan bin datok nik izani
asal kelantan dan menetap di united kingdom
lahir 19 februari 1991 (sebaya ngan kakak aku ni) hihi
i love you NIK IRFAN!! (^_^)
(oke, die hanya artis laa..)) haha!


Sunday 26 February 2012

7 TANDA JATUH CINTA..

Tadi secara tak sengaja aku bace kat f.b pasal benda ni
"7 TANDA JATUH CINTA"

7. Kamu membaca mesejnye berulang2 kali tanpa rasa jemu..
6. Kamu berjalan dengan sangat perlahan apabila kamu berpeluang berjalan dengannya..
5. Dia sahaja yang selalu kamu fikirkan..
4. Kamu sudah mengingatinya..
3. Kamu perasan yang kamu akan tersenyum setiap kali kamu bercakap mengenainya..
2. Kamu akan lakukan apa saja buatnya..
1. Ketika membaca kenyataan ini, kamu tersenyum dan yang pasti ada seseorang yang berada dalam fikiran
    kamu..

Haish,memang semua yang de kat atas tu mngena tepat kat aku ni..
Hahaha, tolong la ZIRA jangan la kau angau ngan orang yang tak sure sukakan kau!!
Pleasseeee!! i need a doctor!!


WEEKENDS....

kalau la tiap2 hari kat sini ade pasar memang aku duk melantak je makan tanpa perlu berfikir banyak menyumbangkan rezeki kepada pakcik2 dan makcik2 yang jual kat pasar tu..haha
kat sini kalau ade je pape event mesti akan ade wat pasar yang duk jual macam2 jenis makanan..
dengan nasi muhibbah, char kuey tiow, kuey tiow goreng, jagung bakar mayonis, yong tau fu, laksa and macam2 lagi la yang ade jual kat pasar tu..
kalau de je pasar tu confirm 1 ari tu mau habis RM10 ringgit kot!!
Gile la aku ni, melantak macam hari esok tu takde..hihihihi^^
untuk minggu ni bape kali tah aku amik duit kat bank tu..
bayar duit gambar, tiket bas, kuarkan duit makan, and terbaru aku beli cermin mata baru!
Tengah ade offerkan, aku beli jew la..
lagipun mata aku ni tak bape nak betul, spec lame pun tak bape elok dah maybe sebab power naik kot..
insyallah, kalau dh dapat spec tu nanti aku akan pakai jew..huhu
hopes laa..aku bukan taknak pakai spec tapi aku rase bila aku pakai spec cam nampak aku ni budak baik jew..hehe
melalut plak aku ni kan, oke2 kembali pada topik asal..
event yang ade tu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar..
tapi serius aku cakap yang boring gile event dorang..
1stly bile dengar de wat rumah hantu teringin la nak pegi..
punye la lame aku and ain a.k.a myroomate beratur panjang dari kul 9 lebih sampai la kul 11 baru dapat masuk tu pun kitorang dapat jadi group terakhir yang masuk..
after kitorang memang tak dapat nak masuk sebab abang2 MPP tak bagi dah..
dah lewat dah katenye, maybe sebab Hantu tu dah penat buat kerja kot..
Tak nak wat OVERTIME ke?? hihi
tapi gila tak seram langsung masuk rumah hantu tu..
nampak patung jew, de pocong, kubur je ade asap2 then pompuan menjerit2 dalam tu..
tak de pape langsung..
tapi yang paling lawaknye bile de abang ni "KONONNYA" nak terkejutkan aku siap die pegang kaki aku lagi tu, tapi kesian sebab aku tak terkejut langsung!! haha
die siap tutup muke die sebab malu kot...hehe
kesian abang tuu..tape2, laen kali wat tul2 tau abang hantu..hehe
tapi time aku nak tunggu2 tu nampak la sekumpulan lelaki yang aku kenal, spe lagi kan..
tapi die tak perasan aku punn...sedih!! haha, mengade..
mana nak perasan, tengah sibuk mesej awek la tuu..
untung la ade awek kan....haha
aku jugak la yang sorang2, KFINE!KBYE! (haha, tade kena mengena)
Waaaahhhh!! tetibe tak sabar nak tunggu spec siap!!
Nantikan imej baru saya ye..hehe




Friday 24 February 2012

dreams...

hari tu aku de mimpi pasal something ni..
mimpi tu buat aku fikir macam2 and paling aku tak suka mimpi tu dah buat aku rasa takut, sedih, kecewa and putus asa..
aku tak tau nape aku macam ni..
betul ke mimpi tu?
or itu cuma sign untuk aku berhenti berharap??
hati aku tak bape nak tenang lepas mimpi tu..
aku cam dapat rasa yang mimpi tu betul..
if betul camne??
aku harap tak laa..
aku taknak mimpi tu jadi kenyataan..
i think i cannot accept thats fact if it become true...
dah la zira, stop la fikir pasal benda ni...
die bukan fikir pasal kau pun...
fikir pasal study jew....
belum masanya lagi ziraaa!!!
k fine! k bye! hahaha =.="


Hampir Berakhir...

Sedar tak sedar dah nak habis dah semester 2 kat UiTM Arau ni..
So far alhamdulilah la just tinggal lagi 1 jew test..
then tak lama lagi start la final exam..
hopefully sem ni leh la dapat dean list..
AMINNN....
nak cite pasal semester ni, erm boleh la tahan..
tapi sem ni aku lebih concentrate pada study..
sebab sem ni subjek agak susah jugak la..
tapi sem ni aku paling suke subjek AKAUN..
bukannye sebab aku ni "budak akaun" bak kata sir FaizalFarid tapi sebab best laa..
suke sangat dengan cara madam Azura ajar..memang faham la die ajar..
and best gak time akaun bila member2 yang terer akaun tak kedekut ilmu nak ajar aku..
credit to cik Wani and cik Nadiah..=))
subjek yang aku rasa paling susah adalah subjek COMPUTER SOLVING..
kena wat coding segala bagai guna Visual Basic 6.0
memang pening gak la nak buat..
aku ni pun agak lambat sikit dalam computer ni..
dah la 1st paper time final nanti subjek computer ni..
subjek killer tu..
carry mark aku pun cam tak memberangsang jew..
so final ni nak pulun tul2 la..
tak sanggup aku nak repeat lagi subjek ni n tak sanggup nak jumpe sir Farid tu..haha
then subjek economy pun aku tak bpe nak suke sebab kena banyak mengingat..
kena hafal itu, hafal ini..tension jew rasa..
yang lain tu cam bse la.. Statistic and Bel..
tapi sem ni aku tak suke gila masuk kelas bel sebab tak suke ngan lecterur tu..=.=""
haissh, malas la nak kutuk2..tak berkat plak..haha
dah puas cite pasal pelajaran, masuk plak bab hati dan perasaan plak..
erm, for this sem banyak benda yang buat aku tension sebenarnye..
sem ni la gaduh, putus, then ex datang balik..mcam2 la jadi..
erm, malas dah sebenarnye nak fikir..
biar jela kan..
rasanye belum lagi untuk aku sayang kat orang kot...
biarla aku just bercinta dengan pelajaran jew..
if ade orang yang aku suke pun, biar la aku simpan jew lagipun aku taknak mengharap pada yang tak sudi..
just be friend jew sebab aku dapat rase yang die hanya anggap aku kawan jew..
tapi aku tak kisah pun yang penting die ikhlas nak kawan dengan aku..tu pun dah cukup..
thanks sangat ^^
so, taktau lagi next sem camne hope lagi best la kan..^^
pape pun struggle tuk sem ni...jyeaaahhh!!!



Sunday 19 February 2012

hOpEs...

Lately ni, aku dah confuse ngan perasaan aku sendiri..
Aku de cakap yang aku dah benci kat die, tapi bila die cari aku balik,
aku tetap layan die dengan baik even macamane die wat kat aku..
aku tak suke la camni..
awakk..., tolong la cepat kalau awak memang suka kat saya
sebab saya taknak mengharap pada awak...
sebab saya tak tau pe yang akan jadi kt saya lepas ni bila die jumpa saya balik...
and yess, die akan jumpe saya nanti awakk...
saya rase awak tau pe perasaan saya kat awak...
tapi awak wat2 tak tau or sengaja tak nak tau...
tapi if awak mmg ade feeling yang sama dengan saya, tolong la cepat sebab saya taknak awak menyesal nanti..

Friday 17 February 2012

KENAPA SINGGAH KALAU TAK MASUK??

lately ni zira selalu dengar lagu yang ada kena mengena dengan zira..
biasa la kan, hati tengah happy je ni..
so, faham2 kan la lirik lagu kat bawah ni ye...=))

jarang sekali terdengar bunyi,
ketukan di pintu hatiku ini,
kalau ada pun bila ku buka,
tiada siapa yang berada di luar..

tapi sejak dua menjak kini,
ku merasakan bagai ada tetamu,
tanpa dijemput sudi menjenguk,
pada waktu sepi menemaniku..

tidak mungkin tiada disini,
kerna tiada siapa pernah kisah,
akan aku, tertanyaku siapa kamu,
kenapa singgah kalau tak masuk,
ke dalam hatiku..

Jarang sekali ku rasa rindu,
menantikan waktu untuk bertemu,
bisakah bersua walau seminit,
agar lahir peluang berterima kasih..

jarang sekali ku sebegini,
mengharapkan hati untuk diselami,
jangan biar fikiranku buntu,
memikirkan mimpi dalam jagaku.......

Tuesday 14 February 2012

PLEASEEE...!!!

Awak....
tolong la jangan datang balik dalam hidup zira...
bila awak datang balik dalam hidup zira,
it make me to remember our memory back..
dan yaa, zira dah boleh terima kenyataan yang awak dah tinggalkan zira untuk bersama perempuan lain..
zira boleh terima tu semua tapi bila awak ade problems dengan girlfriend awak, tolong la jangan datang balik kat zira dan cakap yang awak still sayangkan zira, still rindu zira..
sorry laa, zira dah taknak percayakan awak lagi...
tau tak yang awak dah buat zira terluka sangat dulu...
kalau ingat balik zira memang bodoh sebab tak selidik sape sebenarnya awak..
lelaki yang sebenarnya dah ade awek tapi cakap takde awek..
cukup la dua kali zira percayakan awak..
but not for this time...
sayangkan awak dulu cuma 1 kesilapan dan kebodohan pada zira...
sorry to say that awak dah tak bermakna apa2 dalam hidup zira...
tolong la lupakan zira sebab zira dah hampir untuk lupakan awak dalam hidup zira...
awaaakkk...tolong la jangan contact zira dah...
sebab bila awak buat zira camtu, i keep thinking about that things..
what i need now is just focusing on my study, thats all..
cukup la semester lepas result zira teruk sebab thats thing yang at the same time dah wat awak kena dismiss..
sorry to say that.....
and one more thing, jangan la nak berharap kat zira lagii....
PLEASEEE......!!!



HIKAYAT CINTA.. =))))

Takdir pertemukan ku dengan dirimu..
Yang membuatku jatuh cinta..
Malam gelisahkanku tentang bayangmu..
Yang hantui setiap mimpiku..

Takdir yang bisakanku..
Dengan dirimu saat ini..
Ketika ku terbuai dalam lumrah..
Takdir cinta di hatiku..

Aku mencintaimu merindukanmu..
Menginginkanmu...
Pasti takdir tak bisa..
Pertemukan ku dengan dirimu... ^_^


Sunday 12 February 2012

I DO......

Yes, im a bit jealous after saw your comment..
And yes, i care about you..
You had stole my heart actually..
And thats mean that i do like you..
Thanks for giving me this feeling even though i didnt know whats your true feeling towards me actually..
I like the way you treat me..
Im hoping that u will feel the same feeling like me..
Thanks because helping me to .
And thanks if you just consider me as your friend....

Wednesday 8 February 2012

DiNnEr FaKuLtI PeRaKaUnAn sEm 2

aSSaLaMuAlAiKum...
bertemu lagi kita di entry saya yang kali ini bertajuk "dinner"...
Haha, pada 6 Februari 2012, diadakan dinner untuk fakulti akaun..
Mula2 tu teringin nak pegi sebab cam syok je pergi dinner ni
tapi bile dengar budak2 part 2 ade limit, terus jadi malas nak pergi..
tapi dah last2 tu dapat tau yang tak dikenakan limit, teringin pulak nak pergi tapi ramai yang cam taknak pergi jew..
so aku malas la nak pergi..
tapi dela classmate ni ajak aku and wani pergi so aku pun setuju jela sebab yela, bile lagi nak have fun ngan classmate kan..so felt excited plak time tu..
so, aku pun ajak la wani skali pergi dinner sebab sem lepas dia tak pergi..
baju dinner aku pun just pkai baju lame jew tapi try jew padankan ngan kain..
so kira cantik gak la baju tu..
and credits to cik ain amirah yang berjaya make up kan aku..hihi
dinner ni start kul 8.30, so kitorang pergi around 8 kot..
dah sampai kat sana nampak la classmate ni, ingatkan nak la pelawa aku n wani duk satu meja dengan diorang tapi cam haaarraaaaaammmmm jew la...
nampak kitorang cam buat2 tak kenal je kot...
perrrggghh! memang sakit hati betul la kan...
so aku and wani duduk jela dengan budak2 group D..
de sorang je classmate yang still tegur kitorang, yang lain tu cam hampeh jew kot...
so baru aku tau perangai sebenar dorang tu camne..
tau la dah cantik siao bermake up lagi kan..
semua pandai2 tak macam aku ni kan...
KORANG TAK PAYAH NAK BAJET SANGAT LA KAN......
tapi aku tak kisah pun camne korang wat kat aku and wani..
kitorang tak hadap sangat pun la.....
tu la, dont judge a book by its cover...
time tangkap gambar je yang best, tu pun best sebab aku de kamera sendiri
so aku tangkap gambar berdua jela dengan die plus ngan budak2 laki skali...
nak harap bergambar dengan classmate tu, memang tak la kan...
aku pun tak hingin laaa......
so leh la tengok gambar2 time dinner.....